Wednesday 13 April 2016

Betulkah 53 Tahun Sabah Dalam Malaysia Kita Tiada Kemajuan??? Jom Tabbayun~

Saya Memuji Semangat yang ditunjukkan oleh saudara Jufazli yang telah mencipta gerakan anak muda Sabah yang mengaku sebagai “non partisan” mengenai Isu kemiskinan rakyat sabah.
Namun kita perlu menyelidik @ tabayyun apa yang diperkatakan oleh beliau secara ilmiah, rasional dan bukan emosional sebagai manusia yang berfikir. Mari sama- sama kita nilai betulkah apa yang dihujahkan.

“Dengan 37,965 isirumah, Sabah juga mempunyai bilangan isirumah yang tinggal di penempatan setinggan tertinggi di Malaysia pada tahun 2009, setara dengan 38.3% daripada jumlah keseluruhan sebanyak 99,022 “squatter households” atau isirumah setinggan di Malaysia.Maka, berdasarkan pada kadar kemiskinan dan beberapa penunjuk berkaitan kemiskinan lain pada tahun 2009, Sabah sememangnya negeri termiskin di Malaysia dan jauh ketinggalan dari segi “soft and hard infrastructure”. -Julfazli

Mengenai isu setinggan di negeri sabah kerajaan negeri telah melaksana banyak program- program perumahan mampu milik untuk rakyat miskin. “Kerajaan telah membina sebanyak 13,756 unit rumah dalan Program Perumahan Mampu Milik telah dibina manakala 5,735 unit lagi sedang dalam pembinaan oleh Jabatan Perumahan Negara di negeri ini dan Yang baharu diluluskan dalam Bajet 2015 ialah sebanyak 2,000 unit lagi. Mengikut daerah bagi PPR disewa yang telah siap dibina ialah 13,756, Kota Kinabalu dan Tuaran sebanyak 5,059 unit, diikuti Sandakan (3,900 unit) Tawau (2,872 unit), Papar (1,225 unit) dan Lahad Datu pula sebanyak 700 unit,” – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor dalam persidangan dewan undangan negeri sabah. (10/11/2015)

Selain daripada itu kerajaan juga telah melaksanakan program PR1MA. Terdapat dua projek perumahan PR1MA di Sabah melibatkan sebanyak 7,750 unit rumah iaitu di Jalan Sim-Sim, Sandakan (1,750 unit) dan Inanam, Kota Kinabalu (60,000 unit). Katanya, PR1MA juga menawarkan rumah jenis kediaman dengan harga RM100,000 hingga RM400,000 khusus ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapat isi rumah purata antara RM2,500 hingga RM10,000 sebulan. Sumber (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri 2015)
Selain daripada itu, sebanyak 15,455 buah rumah mendapat sambungan bekalan elektrik, 68,092 rumah (bekalan air bersih) dan lebih 458,000 kilometer jalan,
Kalau saudara tak percaya bolehlah buat lawatan sambil belajar
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…
© Utusan Melayu (M) Bhd

Banyak lagi program jangka panjang dan jangka pendek dilaksanakan untuk membantu rakyat negeri sabah dalam mendapat kehidupan yang lebih baik.
Hal ini menidakkan hujah saudara jufazli seolah- olah kerajaan langsung tidak ada membuat projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat sabah. Saudara jufazli harus tidak sembunyikkan kejayaan dalam membuat kenyataan.
“Kadar kemiskinan Sabah pada paras 19.7% atau 19.2% jika digabungkan dengan Labuan adalah yang tertinggi di Malaysia, lebih lima kali ganda kadar kemiskinan nasional pada 3.8% atau empat kali ganda kadar kemiskinan Kelantan yang digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai negeri termiskin di Malaysia”. -Julfazli
Dakwaan kadar kemiskinan yang tinggi di Malaysia kadar kemiskinan negeri Sabah ialah 3.9%pada laporan untuk tahun 2014 yang sebelum ini pada tahun 1976 adalah 58.3% berlakunya penurunan yang agak besar untuk peratus kemiskinan di sabah bukan bertambah miskin. Ini menafikan dakwaan saudara yang negeri sabah tiada kemajuan Sumber:http://www.epu.gov.my/…/644c2b23-f34b-4813-bf71-dcda76acd351
Sebagai bukti program pengurangan kemiskinan yang dilaksanakan untuk memgurangkan kemiskinan di sabah yang mendapat penyertaan daripada rakyat sabah ialah program berkesan yang dilaksanakan di bawah NKRA-LIH ialah Program 1AZAM. AZAM adalah singkatan ‘Akhiri Zaman Miskin’. 1AZAM berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikanproduktif yang bertujuan mengoptimumkan potensi individu berteraskan bidang kemahiran atau minat mereka. Ia boleh disertai oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) tanpa mengira gender, kaum dan fahaman politik. Di sabah sahaja wujud program AZAM sabah yang mencatat peserta yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 12,067 pada tahun awal AZAM dilaksanakan pada tahun 2011 dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun.
Selain daripada itu, 1Azam, MESEJ, Ladang PPRT, Program Bantuan Rumah dan lain-lain lagi termasuk program-program di bawah NKRA, Infrastruktur Asas Luar Bandar telah berupaya menurunkan kadar kemiskinan di Negeri Sabah secara signifikan.
“Pentadbiran YAB Musa Aman, Peratusan miskin telah dapat diturunkan dari 19% 2005 turun kepada 8% pada 2013. Antara program yg dilaksanakan termasuk 1Azam, Mini Estet Sejahtera MESEJ, Ladang PPRT dan program- program sosio ekonomi yg melibatkan keluarga miskin tersenarai dlm E-Kasih” - YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
http://ww2.sabah.gov.my/kplb/galeri.html
Tahukah saudara, bagi negeri Sabah, mana-mana isirumah yang berpendapatan bulanan RM1,090 kebawah ditakrifkan sebagai isirumah miskin. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, angka garis kemiskinan ditentukan pada tahap RM830 sebulan hal digariskan oleh pihak kerajaan hasil daripada cadangan daripada kerajaan negeri. Hal ini untuk memastikan ramai rakyat sabah menikmati bantuan daripada kerajaan persekutuan. Jadi tidak hairanlah jika data itu menunjukkan sabah tertinggi kemiskinannya jadi tidak adil jika kita buat perbandingan secara terus tanpa kajian.
Untuk pengetahuan anda UN Development Programme (UNDP) menyebut Malaysia adalah negara membangun pertama yang mendefinisikan pendapatan kemiskinan rasmi. Laporan Pelaksanaan Dekad Kedua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembasmian Kemiskinan bagi jangka masa 2008-2017 yang dibentangkan pada sidang tahunan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-66 di New York pada 2011 mengiktiraf kejayaan negara mengurangkan kadar.kemiskinan.
Sumber: file:///C:/Users/User/Downloads/eBUKU_BASMI_KEMISKINAN.pdf
"Sabah ialah negeri paling kaya dengan sumber alam. Namun masyarakatnya paling miskin di Malaysia. Pergi mana pemimpin kami bawa lari kekayaan ini?" – julfazli
Ya memang kita sabagai sabahan mengakui bahawa negeri sabah merupakkan negeri yang mempunyai sumber alam yang sangat banyak. Dalam tahun 70-an hingga 80-an negeri kita merupakan negeri pengeluar balak yang tertinggi di Malaysia namun selepas tahun 80-an kegiatan pembalakkan telah dikurangkan oleh kerajaan dengan mewujudkan banyak hutan simpan di negeri kita. sedangkan umno rasminya ada di sabah pada tahun 1994. yang sebelum itu sabah ditadbir oleh USNO, Berjaya, dan PBS.
Dalam Malaysia sekalipun tiada negeri yang kaya raya semua negeri masih ada masalah kemiskinan, adil untuk saudara julfazli untuk membuat perbandingan jika hanya sabah sahaja yang miskin dan negeri lain kaya.
Untuk pengetahuan saudara jufazli sabah antara negeri yang terbesar menerima bajet pembangunan daripada kerajaan persekutuan. Sebanyak RM4.07 bilion untuk pembangunan sahaja dalam Bajet Persekutuan 2015 untuk pelaksanaan pelbagai projek di Sabah.
Rasanya dengan ekonomi yang tidak menentu dengan harga minyak(sumber negari kita) yang yang tidak stabil dan mustahil dengan sumber negeri yang terhad kita mampu untuk mendapat nilai bajet pembangunan yang sangat banyak untuk negeri sabah. Iaitu pengagihan RM27 billion untuk Lebuhraya Pan Borneo, Sejumlah RM 660 juta juga telah diagihkan untuk meningkatkan keselamatan Sabah dengan menambah aset keselamatan di Eastern Sabah Security Zone (Esszone).
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/16697
ini antara fakta- fakta yang saya jumpa dalam proses tabayyun atau sedikit kajian. saya rasa tuntutan saudara julfazli untuk meminta kerajaan menyelesaikan isu kemiskinan di Negeri kita adalah tidak masuk akal.
Semua Negara di dunia ini termasuklah Negara mundur, membangun, hatta Negara maju tidak dapat lagi selesaikan seratus peratus isu kemiskinan ini.
Seterusnya mengenai isu korupsi pemimpin negeri kita YAB Musa Aman bagi saya ianya tidak adil jika kita menuduh tanpa ada bukti yang kukuh. Bagi saya YAB Musa masih baik dengan saudara kerana langsung tidak membuat laporan polis dan mendakwa saudara.dan saya bukan niat untuk membela siapa-siapa tapi cukuplah kita jangan mewarisi politik yang tidak baik dengan memburukkan pemimpin tanpa menyiasat. Lain kali kita kena berfikir sebelum melontar hujah dan pendapat, sebab itu menlihatkan siapa kita, termasuklah jika kita beremosi dan menggunakan ayat yang langsung tidak menunjukkan peribadi kita sebagai seorang graduan universiti.
yang memang nombor bukan menceritakan segala-galanya tapi kenyataan yang emosi pun bukan menyelesaikan masalah.
Ya saya memang akui mungkin ada kelemahan dalam pelaksanaan tapi sebagai anak muda mehentam dengan emosi itu bukan penyelesai kepada isu ini. Apa kata kita sama-sama kenal pasti tempat dan masyarakat yang tidak mendapat bantuan kita bantu mereka untuk mendapatkan bantuan dengan menyampaikan perkara ini kepada pihak yang sepatutnya jabatan kebajikan masyarakat dan agensi atau wakil rakyat yang bertanggungjawab. Oleh yang demikian saya mengajak saudara untuk menyertai saya.
Saya juga sangat bersetuju jika kita sentiasa berfikir dan berdikusi bagaimana untuk membangun masyarakat sabah daripada kesusahan dan kemiskinan.
Dan saya secara peribadi ada tuntutan gerakan anda yang tidak rasional kepada perubahan negeri sabah.
Sekali lagi jika anda non partisan kenapa anda hanya memhentam kerajaan semata-mata dan membela pembangkang?
Jika jufazli jadi pemimpin satu hari dan julfazli dihentam begini apa yang julfali rasa?
Saya pun bukan keluarga yang senang tapi saya juga kena rasional mengenai perkara ini. Alhamdullilah selama saya tinggal di sabah, alhamdulilah saya masuk universiti dan menjadi seorang graduan.
saya mohon kepada saudara Jufazli Shi Ahmad jika kita menggunakan ayat Al-Quran janganlah menggunakan Ayat yang tidak berbudi pekerti dan janganlah gunakan ayat Al-Quran untuk Menghalalkan apa yang kita buat.
sekian
dan saya yakin kita semua mahu lihat sabah yang baik dimasa depan.
Zainald Bin Zainuddin
Graduan Universiti Malaysia Sabah
Dalam International Relation- School of Science Social
Bumiputera Sabah

Punca Gaji Minima Sabah dan Sarawak Berbeza~ JOM Baca Fakta

ANTARA JAWAPAN : Mengapa kadar gaji minima Sabah dan Sarawak kurang berbanding semenanjung Malaysia?
Ya memang saya sebagai sabahan pun hairan kenapa berbeza kan~
Saya terus mencari apakah punca kepada masalah ini.
Yang terbaru Bajet 2016 menyatakan gaji minimum pekerja swasta di Semenanjung Malaysia dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 manakala untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, ia naik kepada RM920 daripada RM800, bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah.
“Ia satu tamparan kepada majikan sektor swasta kerana ia akan memberi beban peningkatan kos sebanyak 11 peratus di sekitar Semenanjung dan 15 peratus di Sabah dan Sarawak.
Ramai antara kita mempersoalkan mengapa perkara ini terjadi sedangkan kos sara hidup sabah, sarawak dan semenajung malaysia hampir sama.
hal ini berlaku kerana kerajaan melihat kepada gaji penengah. Gaji penengah ialah satu titik yang merujuk kepada kemampuan majikan membayar gaji. Kajian Data tahun 2012 dalam kalangan majikan yang terdiri dari peniaga kecil dan besar, gaji penengah bagi Sabah dan Labuan adalah RM577 manakala di Sarawak RM738.Hal ini adalah antara sebab yang menyebabkan Gaji minimum di sabah dan sarawak berbeza dengan di semenanjung Malaysia.
Jika tindakan drastik gaji minima sabah, sarawak sama dengan semenanjung hal ini akan memberi kesan yang negatif dengan majikan dari segi pemgambilan pekerja dikurangkan bagi menjimatkan kos. Hal ini juga menyumbang kepada peningkatan pengangguran.
saya sebagai pekerja memang mahukan gaji minima ini ditingkatkan lagi, tapi pada masa yang sama kita kena berpijak pada bumi yang nyata dengan melihat kepada kemampuan majikan.
Cuma agak terkejut bilamana hal ini turut dijadikan modal publisiti untuk mendapat perhatian.
Emosi tidak membawa kita ke mana-mana~
Nak jadi pemimpin tapi janganlah bermodalkan fitnah~
Namun, sebagai sabahan berharap dimasa akan datang Gaji sabah,sarawak dan semenajung sama seperti cukai yang dilaksanakan!
Sekian
Zainald Zainuddin
Budak Suka Baca Fakta
Sekadar Share tambah ilmu

Tuesday 12 April 2016

Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah "ada udang disebalik Batu"


Gerakan ini diperkenalkan oleh saudara Julfazli sebenar bukan gerakan "non partisan" dan lebih kepada strategik politik untuk menarik anak muda sabah yang masih dalam keadaan atas pagar.

Pertama kita boleh lihat kepada gaya-gaya dan cara yang ditunjukkan dalam penulisan gerakan ini bias. Tidak pernah pun Gerakan ini menyentuh mengenai kelemahan pihak pembangkang di sabah seperti DAP, PKR dan lain-lain. method yang digunakan dengan cara menhentam dan menuduh ketua menteri sabah korupsi pun itu cara pembangkang.

dan beza Gerakan ini dengan Pembangkang?
saya tengok kedua-duanya sama sahaja.
Hanya tahu mengkritik tanpa melihat apakah jalan yang sepatutnya untuk membantu masyarakat sabah. lebih kepada kepentingan politik semata-mata.

Mari kita lihat apa objektif Gerakan ini



Bagi saya Gerakan ini sebenar masih tidak jelas hala tujunya.

Yang Pertama Semua Pelembagaan Parti Politik di Malaysia tidak bersetuju dengan amalan korupsi. sebagai gerakan yang dianggotai oleh graduan dan mahasiswa seharusnya tidak mudah untuk menghukum seseorang itu korupsi tanpa ada bukti yang jelas. Persoalan dalam Sistem korupsi ini pun tidak jelas dan kurangnya bukti.

objektif yang kedua mengenai mahukan ketua menteri yang baru?
siapakah yang gerakan ini candangan untuk menjadi ketua menteri? perwakilan pembangkang? langsung tidak mengambarkan kepada gerakan non partisan.

Yang ketiga ini lagi melucukan sebab kerajaan Sabah sekarang ini dibawah YAB Musa Aman Sememangnya TIDAK pernah bersetuju dengan tuntutan negara Filipina.

dan untuk pengetahuan saudara kita tidak perlu minta kemerdekaan daripada kerajaan Filipina kerana kedaulatan kita sudah diiktiraf oleh pertubuhan Bangsa- Bangsa bersatu sejak berlakunya pengabungan Sabah, Sarawak dan semananjung Malaysia pada tahun 1963.
kena berlajar ilmu hubungan antarabangsa orang muda yang menyertai gerakan ini.

Yang keempat kerajaan sedia ada memang hendak kekal dalam malaysia buat apa lagi hendak buat tuntutan? dan tidak mahu lagi menjadi negeri miskin? sejak bila ada negara yang kaya di dalam dunia yang sifar kemiskinan hatta negara Maju seperti Amerika Syarikat pun rakyatnya masih ada yang miskin dan ada yang homeless. Dan untuk pengetahuan saudara Kadar kemiskinan Sabah dari tahun 1961 - 2014 mencatatkan penurunan yang amat besar boleh ruju dengan penulisan saya yang sebelum ini. Bagus lagi Malaysia ada PPR dan PR1MA yang membantu masyarakat golongan bawahan.



Yang Kelima tuntutan ini terserah kepada parti- parti yang ada. tidak pernah pun ada perancangan untuk menghapus dwi parti ini.

Objektif yang Keenam ini, memang pihak SPR mahu semua belia untuk mendaftar sebagai pemilih dan kerajaan tidak pernah halang untuk anda berdaftar sebagai pemilih.


Satu Gerakan itu wujud disebabkan oleh tuntutan yang munasabah dan menwakili majoriti masyarakat dalam suatu tempat saya rasa Gerakan ini Gerakan yang syok sendiri kerana ada tuntutan yang sudah pun dipenuhi dan ada tuntutan yang tidak releven lansung.


mungkin memang betul gerakan ini hanya menarik anak muda untuk makan udang disebalik mee.


sekian

Zainald Zainuddin
Graduan UMS
Jurusan Hubungan Antarabangsa











Monday 11 April 2016

Kemiskinan Di Sabah Betulkah Tiada Perubahan?


Isu Kemiskinan merupakan isu yang biasa kita dengar dan berlaku di seluruh dunia dan semua negara mengalami masalah kemiskinan ini. Di Sabah isu ini merupakan isu yang "panas" banyaklah yang mengambil kesempatan untuk memutar belit fakta untuk kepentingan peribadi dan politik bagi menjatuhkan kerajaan Negeri. Termasuklah gerakan yang bertopengkan non partisan yang sebenar bukan menwakili anak muda yang berprinsipkan kepentingan politik.

Tujuan penulisan kali ini akan merungkai secara dalam mengenai usaha kerajaan  daripada kerajaan untuk menangani masalah kemiskinan di dalam Negeri Sabah.  Sebelum pergi dengan lebih jauh mari sama- sama kita memahami apakah dimaksudkan dengan miskin dan miskin tegar.

Berikut adalah dua kategori yang didefinisikan sebagai miskin: 1. Miskin tegar: Golongan ini terdiri daripada isi rumah dengan hasil pendapatan yang tidak berupaya menampung keperluan asas kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Isi rumah yang tergolong dalam kategori ini berpendapatan purata bulanan kurang daripada RM460 di Semenanjung Malaysia, kurang daripada RM630 di Sabah dan kurang daripada RM590 di Sarawak. 2.

Miskin: Golongan ini pula terdiri daripada mereka yang tidak berupaya memenuhi keperluan hidup berdasarkan standard yang membolehkan mereka berperanan sebagai ahli masyarakat yang 'bermaruah,' sebagai contoh, golongan yang tidak mampu membiayai penjagaan kesihatan dan pendidikan. Isi rumah yang berpendapatan purata bulanan kurang daripada RM760 di Semenanjung Malaysia, kurang daripada RM1,050 di Sabah dan kurang daripada RM910 di Sarawak tergolong dalam kategori miskin.

Sumber ; eBUKU_BASMI_KEMISKINAN%20(3).pdf

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negeri sabah antaranya ialah program e-kasih. Sabah mempunyai kelebihan dalam program ini kerajaan garis kemiskinan kita tinggi seperti definisi diatas. Fakta menunjukkan sebanyak 52,930 ketua isi rumah di sabah telah berdaftar dalam program ini. sehingga disember 2012 seramai 21,637 orang peserta negeri Sabah telah menyertai Program 1AZAM Sabah di bawah pelaksanaan kerajaan negeri antara penglibatan tertinggi antara negeri di Malaysia.
Mesti timbul persoalan mengapa Sabah paling tinggi antara semua negeri. Hal ini disebabkan usaha untuk mencari rakyat miskin dipergiatkan untuk memastikan tiada rakyat yang menderita.



Sumber; www.penerangan.gov.my

“Program Kerajaan Persekutuan seperti Elaun Sementara 1 Azam telah mencakupi keseluruhan jumlah KIRMT, manakala program-program Kerajaan Negeri seperti Mini Estet Sejahtera (Mesej), Ladang PPRT (Kalabakan dan Tongod) serta Program Peningkatan Ekonomi Setempat (PPES) telah berjaya melibatkan ramai KIRMT sekali gus
berjaya meningkatkan pendapatan mereka melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) miskin tegar,” - Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman

Sumber: http://www.theborneopost.com/2011/10/03/rm1-641b-telah-dibelanja-untuk-pembangunan/#ixzz42xUvvEm9


Hasil daripada usaha kerajaan negeri dan kerjasama kerajaan persekutuan kadar peratusan kemiskinan menurun.


Sumber; http://www.epu.gov.my/household-income-poverty

Sementara kadar mereka yang termasuk dalam kategori miskin tegar, Tahun 2004-6.5 peratus, Tahun 2007-3.7 peratus, Tahun 2009-4.8 peratus dan Tahun 2012-1.6 peratus.



Sumber; http://www.epu.gov.my/household-income-poverty

Kadar kemiskinan Sabah pada Tahun 2004-23 peratus, Tahun 2007-16 peratus, Tahun 2009- 19.7 peratus dan Tahun 2012-8.1 peratus.


Daripada dua graf ini, kita dapat melihat berlakunya penurunan yang besar disebabkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan kejayaan- kejayaan program- program kerajaan. Hal ini sekaligus menidakkan hujah pembangkang dan individu yang kerajaan negeri langsung tidak menlakukan usaha dalam menangani masalah kemiskinan di sabah.




Wednesday 6 April 2016

Isu Kemarau Di sabah kenapa Tiada Pembenihan Awan?

Baru- baru ini timbul isu dalam kalangan netizen yang mempersoalkan mengapa kerajaan tidak menlakukkan pembenihan awam sedangkan penduduk di pendalaman sabah mengalami penderitaan kemarau dan ditambah lagi dengan jerebu yang semakin menbimbangkan. Isu mengenai alam sekitar ini merupakan isu yang bukan dalam kawalan manusia. Untuk membuat pembenihan awan ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi dan syarat- syarat tersebut bukan semua dalam kawalan manusia.

Untuk 'cloud seeding’ PRA SYARAT yang ditentukan oleh faktor semulajadi, di luar kawalan kepintaran manusia dan kecanggihan teknologi. Untuk membolehkan pembenihan itu hasilkan hujan, perlu ada awan towering cumulus. Ini sejenis awan perolakan yang lazimnya nampak seperti letupan atom Hiroshima. Rimbun berpupul-pupul, menjulang tinggi ke langit. Ketika episod El Nino begini, yang mana cuaca sangat kering dan nilai lembapan di tanah dan udara begitu rendah, olakan wap air untuk menghasilkan awan jenis ini sangat sukar berlaku. Lebih-lebih lagi Sabah, iaitu salah satu tempat di Malaysia yang paling prone dan fragile kepada impak El Nino.(Dr Rem Dambul, 2016)

Faktor yang paling utama perlu ada awan jenis Towering Cumulus untuk memastikan kejayaan proses pembenihan awan. Jika kita tergesa-gesa untuk melakukkan proses pembenihan awan  kita munkin kerugiaan. Isu ini bukan isu politik tapi kita kena fikir mengenai kesan dan kebaikan semua.

Sumber Google Image

Saya sertakan sekali video bagaimana pembenihan awan ini dilakukan.

Say No To Rasis!

Untuk pengetahuan anda~ Dalam gambar ini ialah jemaah tabligh bukan penganas~ mereka ini menyeru kepada kebaikan dan menyebarkan kebaikan kepada umat islam dan tidak pun mengacau siapa-siapa.
Semua kawan dan keluarga saya yang non muslim tidak setuju dengan kenyataan orang ini yang berbaur rasis~

kalau kau betul2 sabahan kan kau tidak macam ini~
ini kesannya bila kita mahu perhatian~ agama, dan bangsa pun dipolitikan~
mengaku aktivis sabah~ tapi telah memalukan sabah~

My mum dulu pun Kristian dan kini dia islam~ dia mengajar saya untuk menghormati agama lain~
sepatutnya kita bersatu bukan berpecah~
better kau minta maaflah~

kita sepatutnya ambil pengajaran dari sejarah~ perkara yang boleh memusnahkan tamadun ialah pepecahan dari dalam~
kepada orang islam sedikit peringatan;

" dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan."(QS AL An'am:108)


Monday 4 April 2016

Bacaan Indeks Pencemaran Udara: Kota Kinabalu Setakat Jam 1 Tengahari


Sumber:  http://apims.doe.gov.my/v2/


Bacaan Indeks Pencemaran Udara menunjukkan Kota Kinabalu dalam  bacaan indeks 68 masih di tahap sederhana. IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). Namun walaupun dalam tahap yang sederhana langkah berjaga-jaga perlu dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan. 

NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
             i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
           ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
          iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
          iv.  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
           v.  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
          vi.  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
        vii.  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
       viii.   Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
         ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.